Sabah FC telah mengikat tiga pemain import baharu iaitu bekas pemain Gremio Esportivo Brasil, Gabriel Peres; bekas pemain kelab IBV di liga Iceland, Telmo Castanheira; dan bekas pemain import Kelantan yang berasal dari Nigeria, Jacob Njoku.
Bagi musim 2023, Sabah FC turut mengekalkan dua pemain import sedia ada iaitu Saddil Ramdhani dari Indonesia dan Park Tae Su dari Korea Selatan. Bekas pemain Tokyo Verdy, Jailton Paraiba juga diumumkan sebagai tonggak baharu Sabah FC untuk beraksi di Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2023 dan Piala AFC.
Seorang lagi pertahanan Korea Selatan, Ko Kwang Min memperkuat benteng pertahanan mereka.