VLOG SABAH FC DAY | FRIENDLY SABAH FC VS TAMPINES ROVERS FC

Опубликовано: 19 Февраль 2023
на канале: Z8REE
4,066
82

KOTA KINABALU: Sabah FC menetapkan sasaran untuk membawa pulang Piala Malaysia atau sekurang-kurangnya satu piala dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Sasaran itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir pada pelancaran jersi 'home' atau di laman sendiri skuad Badak sempena program Sabah FC Day di Stadium Likas, di sini, petang tadi. Pelancaran disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya yang juga menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah FC dan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Selain jersi home, Sabah FC turut melancarkan jersi 'sumandak' untuk digunakan pada perlawanan di tempat lawan. Sumandak yang bermaksud gadis dalam bahasa Kadazandusun.